Sila baca dengan teliti sebelum meneruskan bayaran. Dengan menandakan persetujuan,
pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua syarat berikut.
Terma & Syarat
Tempahan hanya dianggap sah selepas pelanggan bersetuju dengan jenis dekorasi yang dipilih, tarikh, masa, dan detail booking serta membuat bayaran yang ditetapkan.
Tarikh dan slot tempahan akan disenaraikan dalam sistem kami hanya selepas booking payment diterima dan disahkan oleh pihak Abang Belon.
Booking payment atau deposit adalah tidak boleh dipulangkan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan selepas slot disahkan.
Untuk tempahan yang dibuat kurang daripada 2 minggu sebelum tarikh event, pelanggan hendaklah meneruskan dengan bayaran penuh.
Sebarang penukaran tarikh atau slot adalah tertakluk kepada kekosongan semasa dan perlu dimaklumkan seawal mungkin kepada pihak kami.
Jika berlaku sebarang penukaran tarikh atau slot tanpa persetujuan pihak kami, pihak Abang Belon berhak membatalkan booking tersebut.
Untuk penukaran tarikh atau slot, pelanggan hendaklah memaklumkan selewat-lewatnya 7 hingga 14 hari sebelum event. Jika kurang daripada 7 hari, booking berhak dibatalkan atau caj penalti sebanyak RM100 akan dikenakan.
Bayaran baki perlu dijelaskan selewat-lewatnya 1 hari sebelum majlis.
Harga akhir bergantung kepada jenis dekorasi, saiz setup, lokasi, masa pemasangan, dan sebarang permintaan tambahan yang dipersetujui bersama.
Pelanggan bertanggungjawab memastikan lokasi setup sesuai, selamat, dan boleh diakses pada waktu yang ditetapkan. Sebarang kelewatan atau perubahan di pihak pelanggan boleh memberi kesan kepada masa pemasangan dan hasil akhir dekorasi.
Warna, susunan, dan hasil dekorasi akan disiapkan sebaik mungkin mengikut konsep yang dipersetujui. Sedikit perbezaan mungkin berlaku bergantung kepada bahan, pencahayaan, cuaca, dan keadaan sebenar lokasi.
Untuk dekorasi outdoor, ketahanan adalah bergantung kepada cuaca, angin, panas, dan faktor persekitaran. Pihak Abang Belon tidak bertanggungjawab atas kerosakan selepas pemasangan disebabkan faktor tersebut.
Pihak Abang Belon berhak menggunakan gambar atau video hasil dekorasi untuk tujuan portfolio dan pemasaran kecuali pelanggan memaklumkan sebaliknya secara bertulis.
Dengan membuat pembayaran, pelanggan dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan.